Perburuan Treeing Walker coonhound

Naluri penjejakan kuat treeing Walker coonhound menjadikannya popular sebagai anjing pemburu, terutamanya untuk beruang, kugar, dan bobcat.[11] Melauli perburuan secara solo atau dalam kawanan dua ekor anjing atau lebih, ia digunakan untuk menjejak dan mengejar rakun, bobcat,[12] kugar, dan beruang ke atas pokok. Anjing individu mungkin mahir menangkap haiwan kecil seperti tupai, tikus rumah, oposum, dan skunk.

Oleh sebab kelajuannya, treeing Walker coonhound dapat digunakan sebagai anjing pemburu rusa di negeri-negeri yang mengizinkan pemburuan haiwan bertanduk dengan anjing.[2]

Walaupun treeing Walker coonhound paling terkenal sebagai anjing pemburu rakun, ia merupakan salah satu anjing dengan hidung paling malis yang ada dan merupakan hound paling popular untuk pertandingan pemburuan rakun.[2][13][14] Treeing Walker coonhound merupakan antara yang paling popular kerana ia terkenal dengan kelajuan, hidung malis, dan kecerdasan dan juga kerana tidak agresif seperti anjing pemburu Plott. Hidung malis dan kecerdasannya menjadikannya jauh lebih baik untuk pemburuan bobcat dan kugar, kerana haiwan-haiwan ini biasanya lebih sukar untuk dijejaki berbanding dengan beruang atau rakun.

Rujukan

WikiPedia: Treeing Walker coonhound http://www.treed.tv/ https://www.appalachianhistory.net/2018/11/maupins... https://web.archive.org/web/20070925142522/http://... https://web.archive.org/web/20190101192201/http://... https://ckcusa.com/breeds/treeing-walker-coonhound... http://www.akc.org/dog-breeds/treeing-walker-coonh... https://books.google.com/books?id=lWi4CgAAQBAJ&q=t... https://web.archive.org/web/20160730104122/http://... http://www.ukcdogs.com/Web.nsf/Breeds/Scenthound/T... http://newsfeed.time.com/2012/01/25/welcome-to-the...